Isnin, 20 November 2017

Kau buruk dan gemuk

"Kau nampak gemuk la!"
"Eii..gemuk gedempol macam anak 10"
"Mekap berkati-kati! Mesti pemalas nak mengemas"

Kerap sangat saya terbaca komen-komen sebegini. Dan saya tak faham kenapa ada sesetengah orang tergamak untuk berkata begini. Tapi bila saya tengok profile mereka, rupa mereka lebih sedih dari orang yang mereka komen.

Bertahun juga saya cuba memahami kenapa ada segelintir manusia yang bersifat sebegini.
Menurut pemerhatian saya, golongan sebegini adalah golongan yang terlalu banyak masa dan kurang berpendidikan. 

Ini kita panggil 'body shaming' atau 'makeup shaming' - dimana ada pihak sengaja memalukan dengan mengutuk fizikal orang lain. 

Dan mereka tidak tahu, betapa buruknya impak dan rasa trauma apabila dimalukan atau dibuli sebegini. Antara impak dibuli adalah

  • Mangsa buli akan mendapat tekanan dan ketakutan. 
  • Hidup tanpa keyakinan diri. 
  • Sentiasa merasakan buruk dan hodoh.
  • Perubahan corak makan dan tidur

Saya sendiri pernah dibuli sewaktu sekolah kerana dikatakan gemuk dan kerbau pendek.

Hingga sekarang, masih tak dapat lupa. Tetap akan ada masa-masa merasakan diri tak guna dan kurang berkeyakinan.

Saya percaya, rata-rata wanita pasti akan mengalami perkara ini. Selalunya ditegur selepas berkahwin dan lepas bersalin. Bukanlah tidak mahu jaga penampilan, tapi lebih mementingkan anak dan suami dulu. 

Bagi saya, ada masa perkataan "bersabar" dan "buat tak tau jela" tak boleh jalan. Kita perlu banteras dan educate anak dan generasi akan datang supaya lebih menghormati orang lain. Kita perlu belajar untuk melihat dan mencari kecantikan yang ada pada setiap manusia.

Sebab itu golongan wanita paling mudah terpengaruh dengan produk-produk kurus di pasaran. Sebab ada golongan yang suka mengejek dan memalukan ini. Betapa mudahnya kita wanita diambil kesempatan.

Pada saya, definasi cantik itu adalah seorang yang berkeyakinan. Yang sentiasa tersenyum dengan yakinnya walau berkain batik. Wanita yang cantik adalah wanita yang menyayangi dirinya sendiri dan yang menjaga kesihatan diri sebaik mungkin.

Siapa dekat sini ada pengalaman diejek dan merasakan trauma? 
Kongsikan dengan kami supaya ia masyarakat tau betapa buruknya impak dibuli ni

Rabu, 15 November 2017

Tips Memakai Blusher yang Betul

Blusher antara produk makeup yang dapat membangkitkan seri muka dan nampak lebih bermaya. Tapi kalau terlebih pakai, ia akan nampak bercapuk. Kalau tersalah warna, ia akan nampak pelik.

Jadi, penting untuk kita tahu kondisi kulit, pemilihan warna blusher dan texture blusher yang betul untuk mendapatkan hasil yang cantik.


Jenis kulit


Berminyak - Gunakan jenis powder supaya boleh serap minyak

Kering - Gunakan texture yang lebih berkrim untuk mengelakkan ia jadi merekah



Warna kulit

Cerah - gunakan warna yang lebih cerah. Jangan sesekali gunakan warna yang lebih gelap.


Sederhana gelap - gunakan tona yang lebih gelap sedikit dan seakan-akan warna kulit kita


Gelap - gunakan warna gelap. Kalau guna warna cerah, akan nampak seperti ada bedak bertepek di muka


Tips memakai blusher

Senyum

Penting untuk kita ketahui dimana sepatutnya blusher harus disapu. Kalau salah, ia akan kelihatan pelik dan seperti pelakon opera. Dan cara paling mudah untuk sapu blusher di tempat yang betul adalah dengan senyum.

Apabila kita senyum, bahagian tulang pipi akan naik. Dan disitulah tempat yang sepatutnya kita sapu blusher. Sapu menggunakan berus blusher selembut yang mungkin untuk mengelakkan bercapuk.

Sekiranya menggunakan cream blush, blend menggunakan span.

Extra tips

Untuk mendapatkan lebih seri dan blusher lebih tahan lama, sapukan cream blush selepas foundation.
Set makeup dengan setting powder dan kemudian layangkan blusher jenis powder. Dan anda tak perlu risau warna blush tersebut hilang lepas 2-3 jam mekap

Jadi, lepas ni dah boleh check balik samada blusher yang ada bersesuaian dengan kita atau tak. Dan boleh cuba tips yang kami kongsikan hari ini.

Jangan lupa share tips ni dengan teman-teman ya :)







Isnin, 13 November 2017

Contouring - Rahsia Wajah Runcing

Selalu kita tengok rupa artis dan pengantin tampak lebih sempurna dan runcing kan?

Rahsianya adalah pada teknik contour dan highlight

Tapi bila kita cuba-cuba belajar di youtube atau baca artikel, rasa macam tak faham.

"Apa itu contour dan highlight?"

Ia bertujuan untuk memberikan lebih dimensi pada wajah kita. Ia seolah-olah memberikan bayangan dan menaikkan lagi kelebihan yang ada pada muka kita. Dan, buat muka kita nampak runcing dan kurus. Cuba lihat pada cermin, muka kita tetap ada bayangan dan pelbagai tona warna. 


Contouring ini selalunya menggunakan krim, powder bersifat matte dan warnanya lebih gelap dari warna foundation.

Manakala highlight adalah berlawanan dari contouring - menggunakan warna yang lebih cerah dari warna foundation dan bertujuan untuk menaikkan seri pada bahagian tertentu seperti bawah mata, T-Zone dan batang hidung.

Tapi, sebelum contour kita perlu tahu bentuk muka kita.
Secara asasnya, bentuk muka ada 5 jenis:

  • Lonjong
  • Bulat
  • Segiempat
  • Segitiga
  • Heart
Cara untuk mengenal pasti bentuk muka:

  • Ambil gambar muka (kebelakangkan semua rambut)
  • Lukiskan balik bentuk muka diatas gambar 






  • Lonjong 
  1.  ukuran panjang muka lebih besar berbanding kelebaran muka
  2. Dahi lebih luas dari rahang
  3. Tulang pipi luas

  • Bulat
  1. Tulang pipi dan panjang muka adalah sama
  2. Dahi dan rahang sama besar
  3. Struktur rahang lembut / tenggelam

  • Segiempat
  1. Semua lebar dahi, pipi, panjang muka lebih kurang sama
  2. Tulang rahang nampak menonjol dan tajam

  • Segitiga
  1. Tulang rahang lebih lebar dari dahi
  2. Dahi dan pipi sedikit kecil

  • Heart
  1. Dahi lebih luas berbanding pipi dan rahang
  2. Dagu runcing

Lepas kita kenalpasti bentuk muka, kemudian mudah untuk kita tahu bahagian mana yang harus di contour dan highlight


Jangan lupa layangkan bronzer selepas contour di bahagian rahang supaya tak nampak kasar contour tersebut.

Rahsia untuk master teknik contour dan highlight ini terletak kepada sejauh mana kita mengenali bentuk wajah kita. 

Ok, lepas ni dah boleh cuba. Pasti hasil mekap anda kelihatan lebih "hidup" dan tak flat.

Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya di bahagian komen dan jangan lupa share ya.



Rabu, 8 November 2017

Apa itu Concealer?

Yang ni rasanya ramai yang confuse tentang fungsi concealer dan kebanyakkannya tak merasakan concealer tu penting. Sebab rupa dia macam sama je dengan foundation, tapi dalam botol kecik.

Tapi, sebenarnya penting sangat concealer ni untuk menutup cela terutamanya untuk tutup dark circle bawah mata dan kesan-kesan jerawat.

Concealer sebenarnya lebih pekat kerana tugasnya untuk menutup apa yang foundation tak boleh tutup.

Sebab tu kadang-kadang bila kita yang hanya pakai foundation ni, makeup rasa tak sempurna berbanding dengan model dalam gambar. Sebab mereka menggunakan concealer supaya nampak lebih 'sempurna'.

Dan ia ada pelbagai jenis - cream, stick dan liquid.

2 jenis concealer yang saya pakai.

Untuk kegunaan harian, seeloknya guna liquid. Tapi untuk extra coverage, boleh guna cream dan stick.

“Kenapa saya pernah nampak concealer warna pink, oren hijau semua?”



Yang berwarna-warni itu dipanggil “colour corrector”. Colour corrector ini berfungsi untuk meneutralkan balik warna-warna merah kesan jerawat atau dark circle yang agak kebiruan untuk dapatkan hasil mekap yang mempunyai tona warna lebih sekata.

“Macammana nak pakai?”



Hijau - menutup kemerahan dekat muka, selalunya ada pada bahagian hidung dan pipi. yang mempunyai kesan jerawat

Pink - untuk menaikkan seri kulit yang kusam

Putih / cerah - highlight (hidung, tulang kening, dahi)

Kuning / Oren- menutup warna keunguan (bawah mata) dan merah gelap (lebam)

Antara concealer yang saya suggest

Maybelline age rewind
Catrice
Nyx

Ni semua boleh dapat dekat watson dan guardian. Catrice boleh dapat dekat guardian je rasanya. Jadi boleh pergi cawangan yang terdekat dan cuba ☺

Lepas ni boleh cuba pakai concealer, dan pastinya anda akan perasan akan ada perubahan pada mekap anda.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen ya. Dan jangan lupa share artikel ni :)

Isnin, 6 November 2017

Tutorial Lukis Kening Bersepah

Selama beberapa tahun saya belajar mekap, saya rasa lukis kening yang tak trim adalah perkara paling susah sekali.

"Nak lukis bentuk macammana?"
"Tutup semua kening ni ke?"
"Eh tebal pulak"
"Eh kenapa sebelah kiri senget?"

Walaupun terasa betapa “on point”nya mekap kita pada hari tu, tapi kalau kening fail, boleh terus menjatuhkan markah kesemua hasil mekap kita.

Berapa banyak kali tah saya kena tegur pasal kening. Rasa fed up pun ada.

Lama jugak saya praktis kening. Keep on carik cara bagaimana nak hasilkan kening yang kemas kerana saya mempunyai kening yang berterabur.

Ok, kita tengok dulu tutorial ni.


Saya repeat balik ye rutin kening.

1 - Berus kening dengan spoolie. Bila dah kemas, kita boleh nampak frame yang sesuai untuk kita lukis.

2 - Pakai clear gel mascara / eyebrow - Ini trick saya. Gel ini bertujuan seperti gam yang boleh melekatkan kening kita. jadi kening tu tak berterabur sangat dan memudahkan untuk kita lukis frame. Dan ia buat warna kening kita nampak kemas.

3 - Keringkan sebentar.

4 - Lukis frame kening - lukis belakang sikit dari permulaan kening. Kalau lukis dari mula, warna akan jadi pekat dan nampak macam pakai marker pen

5 - Tarik warna dari frame tersebut dan warnakan kening - untuk menghilangkan garis tebal frame kening

6 - Warnakan kening menggunakan powder eyebrow. Yang saya gunakan brand sephora.

7 - Lembutkan warna kening dengan spoolie

8 - Pakai concealer untuk kemaskan frame kening.

Oh ya, eyebrow gel brand essence ni boleh dapat di watson ya. Dekat jenama Essence.


Ok, dah boleh cuba. Nanti kongsikan dengan kami hasil kening anda.

P/s: sekali dua tak jadi, tak apa. Redha saja. Saya lepas 200 kali kot baru jadi 😓 yang penting, jangan mengalah!

Rabu, 1 November 2017

Kenali jenis-jenis berus mekap

Antara soalan yang paling kerap saya terima, adalah tentang pemilihan berus.

Rasa macam pening kan?
Apa banyak sangat berus ni?
Apa nak kena ada?
Yang ni untuk apa yang sebenarnya?

Secara asasnya, ini jenis-jenis berus yang saya rasa wajib ada;

Powder brush - berus untuk bedak yang digunakan selepas foundation. Bertujuan untuk set atau lock foundation.


Blusher brush - sedikit kecil berbanding powder brush, potongan yang serong untuk memudahkan sapuan di pipi


Fan brush - untuk bersihkan eyeshadow yang terjatuh pada bawah mata dan untuk highlighter


Concealer brush - berus ni jenis tebal dan bulunya sama macam foundation brush. Untuk concealer


Berus mata

Blending brush - untuk blend eyeshadow di bahagian tulang mata (crease) supaya eyeshadow nampak lebih lembut dan tak nampak kasar. Dan juga digunakan untuk blend beberapa warna eyeshadow. Katakan tidak kepada eyeshadow bercapuk.


All over fluff brush - untuk kelopak mata dan boleh digunakan dihampir kesemua kawasan di mata. Selalunya digunakan di kawasan kelopak mata dan di tulang kening untuk highlighter


Pencil brush - untuk highlight hujung mata atau blend eyeshadow bawah mata


Angle liner brush - untuk lukis kening dan mewarnakan kening


Spoolie - untuk memberus kening dan melembutkan warna di kening


Bent liner - untuk eyeliner (selalunya digunakan bersama gel eyeliner)


"Ada beza tak antara berus mahal dan murah?"

Ada sedikit perbezaan dari segi bulu. Tetapi, untuk permulaan, saya cadangkan laburkan dulu dengan berus yang murah. Pelajari teknik menggunakan berus dengan betul dan kemudian boleh upgrade kepada yang lebih berkualiti.

Berus juga harus dijaga dengan rapi - dicuci sekerap yang mungkin untuk mengelakkan bakteria membiak. Dan secara tak langsung, akan merosakkan kulit muka kita.

Sekiranya ada apa-apa pertanyaan mengenai berus, boleh diajukan diruangan komen ya.

Jangan lupa share artikel ni supaya kawan-kawan anda yang suka mekap pun tau juga tentang fungsi berus :)

Kau buruk dan gemuk

"Kau nampak gemuk la!" "Eii..gemuk gedempol macam anak 10" "Mekap berkati-kati! Mesti pemalas nak mengemas...