"Eii..gemuk gedempol macam anak 10"
"Mekap berkati-kati! Mesti pemalas nak mengemas"
Kerap sangat saya terbaca komen-komen sebegini. Dan saya tak faham kenapa ada sesetengah orang tergamak untuk berkata begini. Tapi bila saya tengok profile mereka, rupa mereka lebih sedih dari orang yang mereka komen.
Bertahun juga saya cuba memahami kenapa ada segelintir manusia yang bersifat sebegini.
Menurut pemerhatian saya, golongan sebegini adalah golongan yang terlalu banyak masa dan kurang berpendidikan.
Ini kita panggil 'body shaming' atau 'makeup shaming' - dimana ada pihak sengaja memalukan dengan mengutuk fizikal orang lain.
Dan mereka tidak tahu, betapa buruknya impak dan rasa trauma apabila dimalukan atau dibuli sebegini. Antara impak dibuli adalah
- Mangsa buli akan mendapat tekanan dan ketakutan.
- Hidup tanpa keyakinan diri.
- Sentiasa merasakan buruk dan hodoh.
- Perubahan corak makan dan tidur
Saya sendiri pernah dibuli sewaktu sekolah kerana dikatakan gemuk dan kerbau pendek.
Hingga sekarang, masih tak dapat lupa. Tetap akan ada masa-masa merasakan diri tak guna dan kurang berkeyakinan.
Saya percaya, rata-rata wanita pasti akan mengalami perkara ini. Selalunya ditegur selepas berkahwin dan lepas bersalin. Bukanlah tidak mahu jaga penampilan, tapi lebih mementingkan anak dan suami dulu.
Bagi saya, ada masa perkataan "bersabar" dan "buat tak tau jela" tak boleh jalan. Kita perlu banteras dan educate anak dan generasi akan datang supaya lebih menghormati orang lain. Kita perlu belajar untuk melihat dan mencari kecantikan yang ada pada setiap manusia.
Sebab itu golongan wanita paling mudah terpengaruh dengan produk-produk kurus di pasaran. Sebab ada golongan yang suka mengejek dan memalukan ini. Betapa mudahnya kita wanita diambil kesempatan.
Pada saya, definasi cantik itu adalah seorang yang berkeyakinan. Yang sentiasa tersenyum dengan yakinnya walau berkain batik. Wanita yang cantik adalah wanita yang menyayangi dirinya sendiri dan yang menjaga kesihatan diri sebaik mungkin.
Siapa dekat sini ada pengalaman diejek dan merasakan trauma?
Kongsikan dengan kami supaya ia masyarakat tau betapa buruknya impak dibuli ni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan