Isnin, 20 November 2017

Kau buruk dan gemuk

"Kau nampak gemuk la!"
"Eii..gemuk gedempol macam anak 10"
"Mekap berkati-kati! Mesti pemalas nak mengemas"

Kerap sangat saya terbaca komen-komen sebegini. Dan saya tak faham kenapa ada sesetengah orang tergamak untuk berkata begini. Tapi bila saya tengok profile mereka, rupa mereka lebih sedih dari orang yang mereka komen.

Bertahun juga saya cuba memahami kenapa ada segelintir manusia yang bersifat sebegini.
Menurut pemerhatian saya, golongan sebegini adalah golongan yang terlalu banyak masa dan kurang berpendidikan. 

Ini kita panggil 'body shaming' atau 'makeup shaming' - dimana ada pihak sengaja memalukan dengan mengutuk fizikal orang lain. 

Dan mereka tidak tahu, betapa buruknya impak dan rasa trauma apabila dimalukan atau dibuli sebegini. Antara impak dibuli adalah

  • Mangsa buli akan mendapat tekanan dan ketakutan. 
  • Hidup tanpa keyakinan diri. 
  • Sentiasa merasakan buruk dan hodoh.
  • Perubahan corak makan dan tidur

Saya sendiri pernah dibuli sewaktu sekolah kerana dikatakan gemuk dan kerbau pendek.

Hingga sekarang, masih tak dapat lupa. Tetap akan ada masa-masa merasakan diri tak guna dan kurang berkeyakinan.

Saya percaya, rata-rata wanita pasti akan mengalami perkara ini. Selalunya ditegur selepas berkahwin dan lepas bersalin. Bukanlah tidak mahu jaga penampilan, tapi lebih mementingkan anak dan suami dulu. 

Bagi saya, ada masa perkataan "bersabar" dan "buat tak tau jela" tak boleh jalan. Kita perlu banteras dan educate anak dan generasi akan datang supaya lebih menghormati orang lain. Kita perlu belajar untuk melihat dan mencari kecantikan yang ada pada setiap manusia.

Sebab itu golongan wanita paling mudah terpengaruh dengan produk-produk kurus di pasaran. Sebab ada golongan yang suka mengejek dan memalukan ini. Betapa mudahnya kita wanita diambil kesempatan.

Pada saya, definasi cantik itu adalah seorang yang berkeyakinan. Yang sentiasa tersenyum dengan yakinnya walau berkain batik. Wanita yang cantik adalah wanita yang menyayangi dirinya sendiri dan yang menjaga kesihatan diri sebaik mungkin.

Siapa dekat sini ada pengalaman diejek dan merasakan trauma? 
Kongsikan dengan kami supaya ia masyarakat tau betapa buruknya impak dibuli ni

Rabu, 15 November 2017

Tips Memakai Blusher yang Betul

Blusher antara produk makeup yang dapat membangkitkan seri muka dan nampak lebih bermaya. Tapi kalau terlebih pakai, ia akan nampak bercapuk. Kalau tersalah warna, ia akan nampak pelik.

Jadi, penting untuk kita tahu kondisi kulit, pemilihan warna blusher dan texture blusher yang betul untuk mendapatkan hasil yang cantik.


Jenis kulit


Berminyak - Gunakan jenis powder supaya boleh serap minyak

Kering - Gunakan texture yang lebih berkrim untuk mengelakkan ia jadi merekah



Warna kulit

Cerah - gunakan warna yang lebih cerah. Jangan sesekali gunakan warna yang lebih gelap.


Sederhana gelap - gunakan tona yang lebih gelap sedikit dan seakan-akan warna kulit kita


Gelap - gunakan warna gelap. Kalau guna warna cerah, akan nampak seperti ada bedak bertepek di muka


Tips memakai blusher

Senyum

Penting untuk kita ketahui dimana sepatutnya blusher harus disapu. Kalau salah, ia akan kelihatan pelik dan seperti pelakon opera. Dan cara paling mudah untuk sapu blusher di tempat yang betul adalah dengan senyum.

Apabila kita senyum, bahagian tulang pipi akan naik. Dan disitulah tempat yang sepatutnya kita sapu blusher. Sapu menggunakan berus blusher selembut yang mungkin untuk mengelakkan bercapuk.

Sekiranya menggunakan cream blush, blend menggunakan span.

Extra tips

Untuk mendapatkan lebih seri dan blusher lebih tahan lama, sapukan cream blush selepas foundation.
Set makeup dengan setting powder dan kemudian layangkan blusher jenis powder. Dan anda tak perlu risau warna blush tersebut hilang lepas 2-3 jam mekap

Jadi, lepas ni dah boleh check balik samada blusher yang ada bersesuaian dengan kita atau tak. Dan boleh cuba tips yang kami kongsikan hari ini.

Jangan lupa share tips ni dengan teman-teman ya :)







Isnin, 13 November 2017

Contouring - Rahsia Wajah Runcing

Selalu kita tengok rupa artis dan pengantin tampak lebih sempurna dan runcing kan?

Rahsianya adalah pada teknik contour dan highlight

Tapi bila kita cuba-cuba belajar di youtube atau baca artikel, rasa macam tak faham.

"Apa itu contour dan highlight?"

Ia bertujuan untuk memberikan lebih dimensi pada wajah kita. Ia seolah-olah memberikan bayangan dan menaikkan lagi kelebihan yang ada pada muka kita. Dan, buat muka kita nampak runcing dan kurus. Cuba lihat pada cermin, muka kita tetap ada bayangan dan pelbagai tona warna. 


Contouring ini selalunya menggunakan krim, powder bersifat matte dan warnanya lebih gelap dari warna foundation.

Manakala highlight adalah berlawanan dari contouring - menggunakan warna yang lebih cerah dari warna foundation dan bertujuan untuk menaikkan seri pada bahagian tertentu seperti bawah mata, T-Zone dan batang hidung.

Tapi, sebelum contour kita perlu tahu bentuk muka kita.
Secara asasnya, bentuk muka ada 5 jenis:

  • Lonjong
  • Bulat
  • Segiempat
  • Segitiga
  • Heart
Cara untuk mengenal pasti bentuk muka:

  • Ambil gambar muka (kebelakangkan semua rambut)
  • Lukiskan balik bentuk muka diatas gambar 






  • Lonjong 
  1.  ukuran panjang muka lebih besar berbanding kelebaran muka
  2. Dahi lebih luas dari rahang
  3. Tulang pipi luas

  • Bulat
  1. Tulang pipi dan panjang muka adalah sama
  2. Dahi dan rahang sama besar
  3. Struktur rahang lembut / tenggelam

  • Segiempat
  1. Semua lebar dahi, pipi, panjang muka lebih kurang sama
  2. Tulang rahang nampak menonjol dan tajam

  • Segitiga
  1. Tulang rahang lebih lebar dari dahi
  2. Dahi dan pipi sedikit kecil

  • Heart
  1. Dahi lebih luas berbanding pipi dan rahang
  2. Dagu runcing

Lepas kita kenalpasti bentuk muka, kemudian mudah untuk kita tahu bahagian mana yang harus di contour dan highlight


Jangan lupa layangkan bronzer selepas contour di bahagian rahang supaya tak nampak kasar contour tersebut.

Rahsia untuk master teknik contour dan highlight ini terletak kepada sejauh mana kita mengenali bentuk wajah kita. 

Ok, lepas ni dah boleh cuba. Pasti hasil mekap anda kelihatan lebih "hidup" dan tak flat.

Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya di bahagian komen dan jangan lupa share ya.



Rabu, 8 November 2017

Apa itu Concealer?

Yang ni rasanya ramai yang confuse tentang fungsi concealer dan kebanyakkannya tak merasakan concealer tu penting. Sebab rupa dia macam sama je dengan foundation, tapi dalam botol kecik.

Tapi, sebenarnya penting sangat concealer ni untuk menutup cela terutamanya untuk tutup dark circle bawah mata dan kesan-kesan jerawat.

Concealer sebenarnya lebih pekat kerana tugasnya untuk menutup apa yang foundation tak boleh tutup.

Sebab tu kadang-kadang bila kita yang hanya pakai foundation ni, makeup rasa tak sempurna berbanding dengan model dalam gambar. Sebab mereka menggunakan concealer supaya nampak lebih 'sempurna'.

Dan ia ada pelbagai jenis - cream, stick dan liquid.

2 jenis concealer yang saya pakai.

Untuk kegunaan harian, seeloknya guna liquid. Tapi untuk extra coverage, boleh guna cream dan stick.

“Kenapa saya pernah nampak concealer warna pink, oren hijau semua?”



Yang berwarna-warni itu dipanggil “colour corrector”. Colour corrector ini berfungsi untuk meneutralkan balik warna-warna merah kesan jerawat atau dark circle yang agak kebiruan untuk dapatkan hasil mekap yang mempunyai tona warna lebih sekata.

“Macammana nak pakai?”



Hijau - menutup kemerahan dekat muka, selalunya ada pada bahagian hidung dan pipi. yang mempunyai kesan jerawat

Pink - untuk menaikkan seri kulit yang kusam

Putih / cerah - highlight (hidung, tulang kening, dahi)

Kuning / Oren- menutup warna keunguan (bawah mata) dan merah gelap (lebam)

Antara concealer yang saya suggest

Maybelline age rewind
Catrice
Nyx

Ni semua boleh dapat dekat watson dan guardian. Catrice boleh dapat dekat guardian je rasanya. Jadi boleh pergi cawangan yang terdekat dan cuba ☺

Lepas ni boleh cuba pakai concealer, dan pastinya anda akan perasan akan ada perubahan pada mekap anda.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh tinggalkan komen ya. Dan jangan lupa share artikel ni :)

Isnin, 6 November 2017

Tutorial Lukis Kening Bersepah

Selama beberapa tahun saya belajar mekap, saya rasa lukis kening yang tak trim adalah perkara paling susah sekali.

"Nak lukis bentuk macammana?"
"Tutup semua kening ni ke?"
"Eh tebal pulak"
"Eh kenapa sebelah kiri senget?"

Walaupun terasa betapa “on point”nya mekap kita pada hari tu, tapi kalau kening fail, boleh terus menjatuhkan markah kesemua hasil mekap kita.

Berapa banyak kali tah saya kena tegur pasal kening. Rasa fed up pun ada.

Lama jugak saya praktis kening. Keep on carik cara bagaimana nak hasilkan kening yang kemas kerana saya mempunyai kening yang berterabur.

Ok, kita tengok dulu tutorial ni.


Saya repeat balik ye rutin kening.

1 - Berus kening dengan spoolie. Bila dah kemas, kita boleh nampak frame yang sesuai untuk kita lukis.

2 - Pakai clear gel mascara / eyebrow - Ini trick saya. Gel ini bertujuan seperti gam yang boleh melekatkan kening kita. jadi kening tu tak berterabur sangat dan memudahkan untuk kita lukis frame. Dan ia buat warna kening kita nampak kemas.

3 - Keringkan sebentar.

4 - Lukis frame kening - lukis belakang sikit dari permulaan kening. Kalau lukis dari mula, warna akan jadi pekat dan nampak macam pakai marker pen

5 - Tarik warna dari frame tersebut dan warnakan kening - untuk menghilangkan garis tebal frame kening

6 - Warnakan kening menggunakan powder eyebrow. Yang saya gunakan brand sephora.

7 - Lembutkan warna kening dengan spoolie

8 - Pakai concealer untuk kemaskan frame kening.

Oh ya, eyebrow gel brand essence ni boleh dapat di watson ya. Dekat jenama Essence.


Ok, dah boleh cuba. Nanti kongsikan dengan kami hasil kening anda.

P/s: sekali dua tak jadi, tak apa. Redha saja. Saya lepas 200 kali kot baru jadi 😓 yang penting, jangan mengalah!

Rabu, 1 November 2017

Kenali jenis-jenis berus mekap

Antara soalan yang paling kerap saya terima, adalah tentang pemilihan berus.

Rasa macam pening kan?
Apa banyak sangat berus ni?
Apa nak kena ada?
Yang ni untuk apa yang sebenarnya?

Secara asasnya, ini jenis-jenis berus yang saya rasa wajib ada;

Powder brush - berus untuk bedak yang digunakan selepas foundation. Bertujuan untuk set atau lock foundation.


Blusher brush - sedikit kecil berbanding powder brush, potongan yang serong untuk memudahkan sapuan di pipi


Fan brush - untuk bersihkan eyeshadow yang terjatuh pada bawah mata dan untuk highlighter


Concealer brush - berus ni jenis tebal dan bulunya sama macam foundation brush. Untuk concealer


Berus mata

Blending brush - untuk blend eyeshadow di bahagian tulang mata (crease) supaya eyeshadow nampak lebih lembut dan tak nampak kasar. Dan juga digunakan untuk blend beberapa warna eyeshadow. Katakan tidak kepada eyeshadow bercapuk.


All over fluff brush - untuk kelopak mata dan boleh digunakan dihampir kesemua kawasan di mata. Selalunya digunakan di kawasan kelopak mata dan di tulang kening untuk highlighter


Pencil brush - untuk highlight hujung mata atau blend eyeshadow bawah mata


Angle liner brush - untuk lukis kening dan mewarnakan kening


Spoolie - untuk memberus kening dan melembutkan warna di kening


Bent liner - untuk eyeliner (selalunya digunakan bersama gel eyeliner)


"Ada beza tak antara berus mahal dan murah?"

Ada sedikit perbezaan dari segi bulu. Tetapi, untuk permulaan, saya cadangkan laburkan dulu dengan berus yang murah. Pelajari teknik menggunakan berus dengan betul dan kemudian boleh upgrade kepada yang lebih berkualiti.

Berus juga harus dijaga dengan rapi - dicuci sekerap yang mungkin untuk mengelakkan bakteria membiak. Dan secara tak langsung, akan merosakkan kulit muka kita.

Sekiranya ada apa-apa pertanyaan mengenai berus, boleh diajukan diruangan komen ya.

Jangan lupa share artikel ni supaya kawan-kawan anda yang suka mekap pun tau juga tentang fungsi berus :)

Isnin, 30 Oktober 2017

Rahsia Kulit Anti Kedut

Bila jejak je umur 30, keadaan kulit dah tak macam dulu. Tiba-tiba rasa kering. Bila tenung lama-lama dekat cermin, ternampak pulak garis-garis halus terutamanya pada bahagian mata, dahi dan garisan senyum.

Garis halus atau pun kedutan selalunya terjadi apabila kurang elasticity pada wajah. Bila usia kita semakin meningkat, kulit semakin kering. Lagi teruk kering bila duduk dalam ofis, balik rumah pun sambung pakai aircond. Ditambah pula dengan kurang minum air dan penjagaan kulit, faktor tu semua adalah punca kepada kulit kering dan kedutan.

Waktu ni memang rasa menyesal betul tak jaga kulit dari umur 20an kan. Bila saya baca, ada pelbagai cara untuk mengurangkan tanda penuaan lebih cepat. Antaranya, minum air yang cukup, injection, supplement dan krim muka.

Jadi saya search punya search, sampai la terbaca tentang L’oreal Revitalift. Ada pelbagai jenis produk dari L’oreal Revitalift, tapi paling saya tertarik adalah dengan serum dia. Harga, boleh tahan jugak. Tapi, sebenarnya berbaloi sebabnya RM90 untuk 125ml — banyak kan?

Saya gunakan pada waktu malam lepas dah cuci muka. 


Cara pakai pun mudah, macam pakai toner. Pakai guna kapas. 

Serum ni memang cepat meresap. Dan akan bagi effect kulit lembut serta merta. Ia memberikan lembapan pada kulit.

Perlu ke pakai krim pelembap lagi lepas pakai produk ni? -- Tak perlu. Ia dah beri lembapan dan khasiat yang cukup setanding dengan krim malam.


Hasilnya?

Hari pertama - kulit terasa lembut dan lembap. Jerawat kecil yang ada pun cepat kering.

Hari ke lapan - Kalau boleh, rasa nak SMS semua kawan-kawan dan bagitau betapa canggihnya serum ni. Tona kulit makin sekata, kulit kurang kusam. Pakai mekap pun, sampai malam masih lagi sekata dan cantik.

Tak tau la nak bagitau macammana perasaan tu bila dah jumpa penyelamat kulit. Tapi, memang saya suggest untuk cuba serum ni. Dan kalau boleh, saya mewajibkan semua yang berumur 30 tahun ke atas pakai serum ni. Lagi satu, mudah nak beli sebab ianya dijual di farmasi seperti Watson dan Guardian.

Jadi, bila kita ada kulit cantik, kita pakai mekap pun cantik. Foundation pun kurang merekah. 

Sebab untuk dapatkan hasil mekap yang cantik, sebenarnya bermula dari penjagaan asas yang rapi.

Jangan lupa share ye post ni supaya kawan-kawan yang lain pun tau. Nanti kalau dah cuba, bagitau ye :)

Ahad, 8 Oktober 2017

Perkara yang anda perlu tahu tentang pemilihan lipstik


Sebenarnya nak buat post pasal concealer. Tapi rasanya rata-rata lepas foundation, ramai akan beli lipstik pulak.

So harini kita cakap pasal lipstik.

Statement ni agak controversial sikit sebabnya, untuk yang baru berjinak nak pakai mekap, saya tak suggest anda beli lipstik online.

Sebab:

Warna bibir dan kulit tak sama. Cantik dekat dia, tapi tak cantik dekat kita.

Ketahanan kulit bibir yang berbeza. Ada yang jenis sensitif, merekah, kering. Tak semua formula sesuai untuk semua orang

Warna bibir dan kulit
Keserasian warna lipstik berbeza dengan setiap warna kulit muka dan bibir kita. 

Ada yang gelap
Ada yang cerah
Ada yang macam pink sikit
Ada yang macam kuning sikit

Ini semua memainkan peranan penting tentang kejayaan warna dekat bibir kita.


Warm dan Cool Undertone


Selalunya untuk tona kulit asia yang sawo matang, saya suka untuk suggest warna yang warm.

Warna warna ni yang agak kekuningan.

Mostly warna-warna warm sangat sesuai dengan kita. Tak kisah samada pink, nude, merah, purple — pilih yang warm.

Warna cool ataupun kebiruan, akan menenggelamkan seri di wajah kita. Selalunya akan buat muka kita pucat atau lebih gelap.

“Tapi saya suka jugak warna cool ni”

Boleh, makesure mekap keseluruhan dapat mengimbangi warna lipstik tersebut.


Ketahanan kulit atau pun texture

Setiap brand lipstick mempunyai texture yang berbeza seperti:

Matte

Semi matte

Hydrating

Glossy

Kalau nak tahan lama, saya suggest matte. Makan pun kurang bercapuk.

Matte cari yang tak terlalu kering sampai nampak kedutan di bibir.

Hydrating saya kurang suggest sebab akan nampak lipstick comot sekiranya tak guna lipliner. Jenis main sapu je dekat bibir. 

Glossy ni effect bibir mungil. Tapi ketahanan pun kurang. 

Ada juga sesetengah lipstik yang buat bibir rasa gatal, mengelupas. Ni jenis yang sensitif. Jadi, kena kenalpasti jenis kulit bibir ok.


Keseimbangan warna di wajah

Keseimbangan warna mekap mata dan tudung juga memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah lipstik.

Kalau mata heavy atau smokey seeloknya warna yang nude atau lebih natural.

Kalau rasa inginkan bibir yang bold, kurangkan mekap dibahagian mata.

Begitu juga dengan pemilihan tudung.
Warna terang selalunya cantik dengan liptick yang sweet dan natural.

Begitu jugak dengan sebaliknya.

Tudung printed?
Cari warna yang komplimen dengan corak tudung. Kalau terlalu banyak sangat warna, muka nampak serabut. 

Mahal atau murah ada beza?
Sejujurnya kualiti lipstik tak bergantung pada harganya.

Ada jugak yang murah tapi selesa.
Begitu jugak sebaliknya.

Tapi, selalunya rules yang saya apply — testing murah-murah dulu kemudian baru upgrade yang mahal

“Tapi saya suka jugak la warna purple biru ni”

Boleh je pakai. Tak ada masalah. Apa yang ditulis tadi semuanya hanyalah guideline untuk memastikan setiap pembelian adalah berbaloi.

Kalau anda jenis gila lipstik macam saya, apa warna pun belasah pakai.

Yang penting yakin.

Sebab, kecantikan akan terserlah saat kita yakin.

So kalau ada apa-apa soalan boleh terus tanya diruangan komen ye.

Selamat berhujung minggu.
Kalau rasa bermanfaat, share ye artikel ni :)

Selasa, 3 Oktober 2017

Kenapa foundation tak lekat dan tahan lama?

Baru lepas parking nak pergi kenduri kahwin, foundation dah macam merekah dan cair.


Emo..

Perkara ni terjadi sebab kulit terlalu kering atau terlalu berminyak.
Bila kulit kering - foundation akan merekah
Kulit berminyak - foundation cair dan nampak bercapuk

Penting untuk "prep" kulit sebelum pakai foundation.

1 - Cuci muka sebersihnya. Kalau rajin, scrub dulu.

2 - Toner - untuk menghilangkan kekotoran lebih mendalam

3 - Krim pelembap - untuk melembapkan kulit

"Muka saya berminyak. Kalau pakai pelembap nanti lagi teruk berminyak"

Minyak di muka selalunya terjadi bila kulit merasakan ianya kering, Jadi mereka terlebih produce. Bila pakai pelembap, ia akan mengurangkan penghasilan minyak. 

Dan, check dulu ye jenis pelembap yang anda gunakan. Kalau terpakai yang jenis untuk kulit kering (kandungan lembapan tinggi) muka akan lebih berminyak.

Cuci muka sebelum mekap tau.
Bukan cuci muka lepas tu masak, kemas rumah.
Habuk dan kekotoran akan melekat pada muka.

Step seterusnya - Primer.

Apa itu primer? 
Primer adalah base ataupun asas kepada foundation supaya ia melekat dengan lebih cantik.

Primer ada 2 jenis

1 - Hydrating -- Untuk kulit kering

2 - Matte -- Untuk kulit berminyak




Untuk primer, sebelum ni pakai Sephora (dalam RM50++) - smooth dan matte. Tapi lately ni jadi kurang sesuai sebab muka agak kering. Ada satu masa tu, mekap merekah.



Jadi, saya tukar kepada Bio Oil. Boleh jadi primer ke? Yup, boleh. Dan saya happy dengan result dia. Pakai sampai ke petang tu masih cantik.

So, dah boleh survey primer yang ada. Dan jangan lupa tengok pada label ok? :)

Isnin, 2 Oktober 2017

Cara memilih foundation

Warna apa yang paling sesuai untuk saya?
Lagi satu persoalan yang paling susah nak jawab terutamanya bila kita ke Watson atau kaunter mekap yang tidak menyediakan beauty consultant.

Warna yang paling sesuai dan cantik adalah warna yang paling seakan-akan dengan kulit kita. Selalunya kita suka pilih yang cerah sikit dari kulit kita kan? Baru nampak cerah sikit.

Malangnya, kalau kita pilih cerah sangat, akan nampak 'kelabu' atau bercapuk terutamanya bila selepas 2-3 jam pakai mekap. Selalu kan kita tengok macam tu?

Jadi seeloknya pilih warna yang seakan kulit kita dan hilangkan mentaliti warna cerah akan nampak menarik. Semua warna pun cantik sekiranya kita aplikasikan dengan betul.

Cara memilih?

Tak ada cara lain selain dari calitkan foundation tersebut pada kulit muka kita. Test di bahagian rahang muka. Kalau letak dekat pipi, nanti orang nampak pulak macam-macam warna.

Tapi kadang-kadang rasa sayang pulak nak calit dekat muka. Nak-nak tengah full mekap masa tu. Jadi selalunya saya calitkan di tangan. Walaupun kulit muka dan tangan berbeza, tapi boleh agak la sikit-sikit.

Saya kurang galakkan beli foundation online kerana possibility tersalah warna tu agak tinggi terutamanya untuk yang baru berjinak dengan mekap.

Aplikasi



Jari - Paling mudah. Tapi akan menyebabkan satu tangan comot. Dan kurang hygiene. Muka terasa pedas kalau baru lepas makan sambal.



Berus - Ada pelbagai jenis berus untuk aplikasi foundation



Beauty blender - Untuk finishing yang lebih natural

Personally, saya suggest gunakan beauty blender kerana mudah dan akan menghasilkan result yang lebih flawless dan kurang bercapuk.

Berus atau pun sponge boleh didapati di Hermo.my

p/s: Jangan lupa share di FB page anda ye :)

Jenis-jenis foundation

Bila pergi watson, rasa macam tak tau pulak nak pilih foundation yang jenis macam mana.
Ada macam-macam jenis - liquid, cream, cc cream. Lagi satu yang pening, light coverage, medium dan heavy.

Confuse kan?
Kadang-kadang bila pakai, rasa tak sesuai.
Saya akan terangkan jenis-jenis foundation supaya mudah untuk anda buat pilihan.


Jenis Coverage

Light coverage - Cover sikit-sikit. Selalunya untuk yang jenis nak mekap sikit-sikit. Sesuai untuk yang tak ada masalah kulit seperti gadis remaja. Tak ada berapa banyak sangat yang nak ditutup.

Medium Coverage - Pertengahan. Yang sesuai dipakai setiap hari. Dan boleh menutup cela.

Heavy Coverage - Cover semuanya. Tetapi agak berat untuk digunakan setiap hari. Selalunya digunakan untuk pengantin atau majlis-majlis yang memerlukan mekap yang agak heavy.


Finishing




Matte - sesuai untuk kulit muka berminyak. Foundation jenis matte dapat mengurangkan minyak dimuka.

Natural - Sesuai untuk kulit muka yang bercampur (berminyak di sesetengah tempat)

Dewy - Sesuai untuk yang berkulit kering kerana formulanya agak sedikit berminyak dan membuatkan effect muka bersinar


Jenis Foundation


Liquid - berbentuk cecair. Paling mudah untuk digunakan kerana boleh blend menggunakan jadi, berus atau sponge.


Cream - Selalunya converagenya agak berat. Salah amount, terus jadi opera cina.


Stick - Teksturnya seperti lipstik.


BB Cream - Foundation tapi macam moisturizer. Light coverage.


Ok, dah faham kan? Post seterusnya nanti saya akan share bagaimana untuk memilih foundation dan cara aplikasi. Kalau rasa post ni bermanfaat untuk anda dan rakan-rakan, share ya :)


Kau buruk dan gemuk

"Kau nampak gemuk la!" "Eii..gemuk gedempol macam anak 10" "Mekap berkati-kati! Mesti pemalas nak mengemas...