Sebenarnya nak buat post pasal concealer. Tapi rasanya rata-rata lepas foundation, ramai akan beli lipstik pulak.
So harini kita cakap pasal lipstik.
Statement ni agak controversial sikit sebabnya, untuk yang baru berjinak nak pakai mekap, saya tak suggest anda beli lipstik online.
Sebab:
Warna bibir dan kulit tak sama. Cantik dekat dia, tapi tak cantik dekat kita.
Ketahanan kulit bibir yang berbeza. Ada yang jenis sensitif, merekah, kering. Tak semua formula sesuai untuk semua orang
Warna bibir dan kulit
Keserasian warna lipstik berbeza dengan setiap warna kulit muka dan bibir kita.
Ada yang gelap
Ada yang cerah
Ada yang macam pink sikit
Ada yang macam kuning sikit
Ini semua memainkan peranan penting tentang kejayaan warna dekat bibir kita.
Warm dan Cool Undertone
Selalunya untuk tona kulit asia yang sawo matang, saya suka untuk suggest warna yang warm.
Warna warna ni yang agak kekuningan.
Mostly warna-warna warm sangat sesuai dengan kita. Tak kisah samada pink, nude, merah, purple — pilih yang warm.
Warna cool ataupun kebiruan, akan menenggelamkan seri di wajah kita. Selalunya akan buat muka kita pucat atau lebih gelap.
“Tapi saya suka jugak warna cool ni”
Boleh, makesure mekap keseluruhan dapat mengimbangi warna lipstik tersebut.
Ketahanan kulit atau pun texture
Setiap brand lipstick mempunyai texture yang berbeza seperti:
Matte
Semi matte
Hydrating
Glossy
Kalau nak tahan lama, saya suggest matte. Makan pun kurang bercapuk.
Matte cari yang tak terlalu kering sampai nampak kedutan di bibir.
Hydrating saya kurang suggest sebab akan nampak lipstick comot sekiranya tak guna lipliner. Jenis main sapu je dekat bibir.
Glossy ni effect bibir mungil. Tapi ketahanan pun kurang.
Ada juga sesetengah lipstik yang buat bibir rasa gatal, mengelupas. Ni jenis yang sensitif. Jadi, kena kenalpasti jenis kulit bibir ok.
Keseimbangan warna di wajah
Keseimbangan warna mekap mata dan tudung juga memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah lipstik.
Keseimbangan warna mekap mata dan tudung juga memainkan peranan penting dalam kejayaan sesebuah lipstik.
Kalau mata heavy atau smokey seeloknya warna yang nude atau lebih natural.
Kalau rasa inginkan bibir yang bold, kurangkan mekap dibahagian mata.
Begitu juga dengan pemilihan tudung.
Warna terang selalunya cantik dengan liptick yang sweet dan natural.
Begitu jugak dengan sebaliknya.
Cari warna yang komplimen dengan corak tudung. Kalau terlalu banyak sangat warna, muka nampak serabut.
Mahal atau murah ada beza?
Sejujurnya kualiti lipstik tak bergantung pada harganya.
Ada jugak yang murah tapi selesa.
Begitu jugak sebaliknya.
Tapi, selalunya rules yang saya apply — testing murah-murah dulu kemudian baru upgrade yang mahal
“Tapi saya suka jugak la warna purple biru ni”
Boleh je pakai. Tak ada masalah. Apa yang ditulis tadi semuanya hanyalah guideline untuk memastikan setiap pembelian adalah berbaloi.
Kalau anda jenis gila lipstik macam saya, apa warna pun belasah pakai.
Yang penting yakin.
Sebab, kecantikan akan terserlah saat kita yakin.
So kalau ada apa-apa soalan boleh terus tanya diruangan komen ye.
Selamat berhujung minggu.
Kalau rasa bermanfaat, share ye artikel ni :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan